Adlina Noor : This is my story

Smile while you still have teeth





selamat bulan KURUS :)
 
July 21, 2012 


 cintashizen.blogspot

 heyy heyy!!
perut sapa yang bising sangat tuuu??

bulan ramadhan dah datang !! wahhh.. selamat kurus ya semuaaa :)) banyakkanlah beribadat waktu bulan puasa nie.. kot kot la boleh dapat malam LAILATUL QADAR :)

mesti tengah kira berapa jam lagi nak buka puasa kan ? sabo yee.. tak lama lagi azan laa.. hehe.. bawak bertenang..

:. SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN .:



terawih jangan tak buat pulak taww ! 8 rakaat pon jadi lah :)  rugi ohh tak buat terawih... sebulan dalam setahun ja.. 

jadikanlah ramadhan kali ni ramadhan yang TERBAEKKKK!!
selamat berbuka yaa semua ! 


p/s : jangan lupa solat terawih malam ni ! 
pp/s: sebelom tido jangan lupa niat puasa untuk esok taw ! 




Labels:

shopping jom !
 
December 11, 2011 


heyheyyy...

sebenarnya aku bukan nak ajak hampa shopping.. aku dah shopping dah semalam.. aku tak beli apa pon.. dok ingat nak beli sling bag... tapi tengok tengok harga dia mahai nak mampoih.. terbatal hasrat.. haiyoo.. baju baju dia pon hat aku minat suma mahai.. yang murah pon hat tak elok ja.. *nampak sangat tak ikhlas nak bg sale*  so aku biaq la mak aku shopping.. mak aku pon tak beli barang banyak sangat.. beli kasut ja.. 

yang aku geramnya.. waktu aku dok jalan jalan pusing pusing tengok baju baju kat belah TomGirls tak silap.. ada seorang laki chinese ni ingat aku orang hat duk keja dekat situ.. dia nak suruh aku cari saiz baju kat bini dia.. tensyen gak arr.. kalau ikut hati macam aku nak tengking ja dia.. tapi bak kata ikim.fm "hormatilah orang tua kerana mereka masa depan kita" aku sengih ja la kat dia.. paihtu dia pon sengih la kat aku balik.. dia paham la kot yang aku tak keja kat situ.. aku yang cun macamni pon dia ingat promoter.. *ok perasan* 

lepaih dah habeh bayaq ayah aku ajak pi popular.. aku pon pi ja la.. dok ingat nak cari english novel.. jumpa hat syok dah.. tapi lupa nak bawak popular card pulak.. tak jadi la.. aku window shopping ja la.. ayah aku pon jumpa buku hat bekenan di hati jugak.. tapi nanti la kot p beli lain bila dah bawak kad.. elok aku pusing pusing popular tuu.. terjumpak komik "THE ADVENTURE OF TINTIN" aku terus tunjuk dekat ayah aku buku tu.. sebab ayah aku penah bagitau kata dulu dulu waktu zaman ayah aku sekolah menengah ayah aku beli komik tintin tuu.. aku tengok komik tu pon aku bekenan jugak.. aku pon tengok la harga dia.. tengok tengok .. nak dekat 20 ringgit la jugak harga dia.. padahal nipis ja pon.. dah la ada 24 siri.. jenuh habis duit beli buku tu saja.. 

dalam gambaq ni kulit keras.. tapi yang aku jumpak kulit dia besa ja.. nipis kann??
macam tu la isi komik tu...

tu la 24 siri yang aku bagitau tuu.. cuba kira.. betoi dak 24??

kalau hampa jumpak pon mesti tertarik jugak.. kalau tak tertarik tu maybe taste kita tak sama kot. 
k.bai.




Labels:

merokok? tak macho lah!!
 
December 3, 2011 



assalamualaikum :)
sapa merokok kat sini??
baik mengaku cepatt!! 
hihi.. takda lahh.. saja nak buat over sikit..
aku tak paham lah..
kenapa orang zaman sekarang suka merokok??
adakah merokok tu menunujukkan yang mereka itu "macho"
hurmm.. mungkin.. tapi..
bagi aku.. orang yang merokok sangatlah tidak macho! ;(
sampai sekarang aku tak nampak apa kelebihan merokok..
tapi keburukan merokok banyak la.. 
haishh aku tak dapat memahami la manusia zaman sekarang..
orang yang merokok ni mungkin nak mati cepat kot.. 
aku teringin nak tengok Malaysia tanpa perokok..
bolehkah terjadi impian aku tu?
bukankah merokok itu HARAM??!!
jadi, aku rasa memang merokok tu sangat tak diperlukan kot..
sekarang ni ubat untuk berhenti merokok pon dah dijual..
tapi kalau makan ubat tu tapi takdak usaha nak berhenti merokok pon takda guna jugak..

ni ubat yang aku cakap tu..


sedarlah wahai umat islam sekalian..


aku nak ulang sekali lagi,
bagi aku, orang yang merokok sangat TIDAK MACHO..
sekian, terima kasih.


Labels:

suami isteri
 
November 25, 2011 

heyy heyyy.. 
firstly aku nak pesan..
korang jangan dok fikir aku ni tak sabar nak kahwin pulak..
aku nak share satu cerita dengan korang ni..
baca sampai habis taww!! 
kalau tak menyesal.. hekhek..

the story begins like this :



CINTA SELEPAS KAHWIN

Bila aku teringat balik cerita ni, aku mesti tergelak sorang-sorang.

Alkisahnya, aku ni ditakdirkanlah kahwin dengan sorang mamat nih. Entah dari mana la datangnya. Mak aku yang suruh, dia kata budak ni baik la, alim la pandai la. Lepas tu terus kami kahwin. Masa first time kahwin tu, memang kucar-kacir jugak la rumah tangga kami. Dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati.Eiiiii… geramnya aku!!!

Mana taknya, aku basuh baju dia sekali la dengan baju aku. Then lepas basuh nak dijadikan cerita, ada lah pulak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku. Haihhh… memang sakit hati. Baju baru kot, mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia, kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna. Dengan slumber dia kata.. ”Lah… awat tak tanya…” Eiii… geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pergi shopping. Ok, fine. Aku ikut je la. Weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pergi shopping sampai aku kalih-kalih belakang.. dia hilang!!.. Aku cari gak dekat-dekat area situ kot2 ada tapi memang hampeh. Aku try call, tak angkat. Call lagi pun tak angkat. Huhh. Tension betul! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta je. Seminit… lepas tu dua minit… lepas tu…. SEJAM KOT!! Huhh. Memang sakit hati betul!! Then bila dia sampai dekat kereta, aku tanya, pergi mana? Kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab.. “Lah.. gi shopping la sayang… Owh, awak ada call ekk?? Alah, lupa nak bagi tau, terlupa bawa hanset… hehe..” Eiiii… geramnya aku!!!!

Seminggu lepas tu dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili api. Ok fine. Aku masak je. Tapi memang la aku ni tak la pandai masak sangat tapi bolehlah kalau setakat nak makan kan. Aku hidang bagi dia makan. Masa first time dia suap kat mulut tu aku bajet dia nak kata apa-apa. Tapi dia diam. Memang tak kata apa-apa pun sampai dia habis makan. Habis makan pun tak kata apa. Aku pun confius. Dia ni takde respons. Sedap ke tak?? Ehmmm.. kalau ikut aku la, aku rasa ok je lah. Tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa.. Huhhh…..

Esoknya, time aku on the way nak balik dari tempat kerja, kereta aku plak buat hal. Tak boleh start. Panik gak la aku time tu. Malam dah ni, nak masuk Isyak dah. Haihh… Time aku balik kerja lewat-lewat lah kereta nak buat hal. Then, aku call dia. Yang aku tak boleh tahan tu. Dia dengan slumber kata.. “Lah awat la call saya… call la mekanik… ingat call saya kereta awak boleh jalan??….” Eiii… geramnya aku!!! Tapi dia datang jugak lepas tu. Ada lah dia check apa entah kat depan but tuh. Dan lepas start terus boleh… hmmm.. dalam hati aku kata, “Boleh la jugak mamat ni nak diharap. Mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pergi outstation kat overseas. Dia kata pergi sekejap je. 2 MINGGU!! Hmm… aku memang no komen lah. Dia nak pi buat keja dia. Takkan nak kata tak boleh kot. Kerja arkitek biasalah. Busy la kot. Tapi memang agak sakit hati jugak lah. Boleh dia lesap macam tu je. Lepas-lepas naik flight, kot2 la dia nak call bagitau dah sampai ke, ada kat mana ke. Tapi memang hampeh!!. Langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ke tapi memang tak de. Kosong inbox!!Eiii… geramnya aku!!!

Pagi tu aku basuh baju. Ok sekarang aku dah tau dah baju mana yang turun warna. Aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh. Sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tu. Jeng3.. Huishh siap dengan surat lagi. Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku, Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa. Jangan marah-marah ek.. hehe.. Saya bukannya apa, saja tulih surat nih.. Bosan… Tak tau nak buat apa… hihi Pertama sekali saya nak bagi tau lah. Mungkin awak tak kenal saya tapi saya kenal je awak. Sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha.. Ehawak tak ingat ke anak Pak Mail kawan ayah awak yang datang beraya kat umah awak time tuh??!! Masa tu saya nampak awak duk main masak-masak kat belakang umah… hahaha… Memang lucu sangat. Saya nampak awak macam ‘anak patung’. Comel sangat… Iskk.. Awak ni.. tak perasan ke?? Keduanya, sorry la pasal hal shopping tuh.

Memang saja je saya tak mau bawa hanset time tuh… hihi.. Takut terkantoi. Ye la saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh… memang tension. Susah betul nak cari. Memang patut la mahal dan memang patut la awak bengang satu hari… hihi… Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak… hmm… Mesti awak bengang kan sebab saya takde respons… huhu… Sebab SEDAPPPP SAAANGAT sampai saya jadi tak terkata.

Eh, saya makan dalam masa 5 minit je kot. Ikut jam dinding kat rumah kita. Iskk..awak ni.. tak perasan ke?? Keempatnya time keta awak rosak… hmm. Awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pergi kat awak??!! Lepas-lepas tu jenuh saya nak pujuk diorang balik. Tau tak saya langgar semua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak?? Iskk..awak ni.. tak perasan ke??

Tapi lepas saya tahu saya kena pergi outstation kt overseas. Saya lagi seronok. Happy gile sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja je tak call awak…hihi… Tapi saya ok je. Saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih… “Wow, look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “ Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^) Last but not least. Awak… awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

p/s: Try tengok sama tak dengan baju awak yang rosak hari tu “bungkusan” ni… hihi Love, Suamimu

.: THE END :. 


sweet kan?? 
sebab tu la orang kata bercinta selepas kahwin lagi bagus..
aku harap sangat aku dapat lelaki macam ni..
walaupun kat depan aku suka menyakitkan hati..
tapi kat belakang sweet sangat sangat..
takdak lahh takut suami pergi cari perempuan lain..
betul tak?

aku terjumpa cerita ni kat facebook..
saja nak share dengan korang..
tak salah kan kan kan??

credits to : syafikah zakaria




 

Labels:



Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.


Status
Bismillahirrahmanirrahim,Ya Allah , berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan . YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan . Amin (14 Mei 2014/ 14 Rejab)