Terobek

Muzicons.com
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t .
"Andai dapat , ku undurkan putaran dunia , ingin ku ubah semula ...." *TETTTTTTT*
Teringat pulak dulu dulu dok karok lagu sama sama dekat asrama . bila bukak radio ja , kalau keluar lagu lagu yang best , semua pakat karok kalau boleh sampai nak runtuh bangunan tu tau . >.<
Aku tak tahu lah . Semenjak dua menjak ni asyik duk throwback atau dalam ejaan melayunya terobek zaman zaman dekat sekolah menengah dulu . Duduk asrama . Nyanyi . Makan . Study . Tidur . Basuh baju . Langgar peraturan . Solat . semua sama sama . Allahu . Kerinduan dekat mereka semakin menebal . Aku bukan rindu sekolah , aku rindu memori dengan kawan kawan sekolah dulu .
Sekarang , semua dah nak bawak haluan masing masing dah . Ada yang nak masuk matriks , yang nak terbang , yang nak masuk diploma , yang masuk universiti swasta , yang fast track , yang form 6 , yang nak masuk IPG , dan lain lain . penat tau nak list satu satu .
Aku rasa aku la insan paling bertuah sekali , dapat masuk sekolah tu . Dapat kawan kawan yang supportive , yang sweet , yang brutal , yang menggemukkan aku, yang memahami dan menyayangi aku . cewah . Yang penting tak lupa kawan . I just miss them so damn much . :') All the best dearies .
Tiba tiba ja harini nak fefeeling sweet dekat kawan kawan . terharu ke idokkk? hihi .
Thanks for the memories ladies ! . :")
Adlina Noor : This is my story