Ke Perak ke kiteee

All I Ever Need
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum W.B.T .
Lama gila kan aku tak update blog . Haritu aku ada perasan Athirah buat shout out kat twitter suruh aku apdet blog . Tapi aku tak reply pon . Sebab memang takdak idea nak tulis apa . Actually alasan utamanya MALAS. Tirah mesti rasa macam nak bagi penyepak dekat aku ja sekarang ni. Alah macam tak kenal Cik Meah kita ni . pernah ka aku rajen ? hikss hikss . kutuk diri sendiri kauuu . bukan senang aku nak kutuk diri sendiri tau . Selalu puji diri sendiri sampai melambung lambung kau .
Oke, straight to the point . mungkin ada yang dah tau . and mungkin jugak ada yang tak tahu . So , Here I'll standddd , Here I'll stayyy . *nampak pickup line di situ? Ingin ku tegaskan di sini bahawa , UiTM dah pinang aku dengan hantaran Diploma Perakaunan . untuk matriks aku dapat KMK . ramai jeles dengan aku tau sebab aku dapat KMK . sebab ramai yang nak dekat dekat tapi pelanting pegi Negeri Sembilan lah , Melaka lah . Tapi aku ni agak frust . Kau tau tak 5 tahun aku ulang alik situ . dah tiba masanya aku pergi menjelajah ke dunia luar oke ? Sapa yang nak masuk KMK tu mesti rasa macam nak sepak aku ja kan sebab tak reti bersyukur . dah dapat dekat dekat , kau nak habiskan duit petrol pulak nak suruh parent hantar kau jauh jauh . Niat aku baik . Aku nak menguntungkan BH Petrol .
So , Matriks or UiTM . Yang mana pilihan hatiku ? cewah kauu . macam retis retis pulak . Benci tau . Aku ada jugak search internet , baca pro and cons blablabla . Tanya opinion senior senior . and yang disuggestnya masuk UiTM lah . "Weii nanti ambek diploma lambat laa hang grad" abaikan suara suara sumbang itu . Aku tetap dengan pendirian aku . tapi aku belum bincang lagi dengan Ibu . tanya ayah , ayah cakap "ikut adek lah , adek decide . ayah tak kisah" Kalau aku decide , memang aku nak ayah aku hantar oversea ja fly terus . Kalau ayah aku kaya macam Bill Gates memang aku buat dah permintaan macamtu .
Kalau nak finalize antara matriks dengan UiTM , memang aku ambek UiTM . persoalan sekarang ni , Mara and JPA terima tak aku ? aku taknak letak harapan tinggi sangat . sebab yang pergi interview tu pun semua hebat hebat belaka . Sampai aku ternganga ja pegi situ sampai meleleh leleh air liur sebab hebat sangat ahh . suka hiperbola kan . Sekarang ni kita tunggu dan lihat ja lah . Kalau tak dapat tu memang bukan rezeki aku di luar negara kot . Takpa , aku redha . cakap memang senang kan , tapi nanti tengok-tengok nama kau tak tersenarai dalam golongan yang berjaya mesti kau macam nak kurung diri dalam almari gelap taknak keluar setahun . Padahal tidur pon tak tutup lampu . ada hati kau nak sembunyi dalam almari gelap . -_-
oke mungkin setakat itu sahaja kot . Penat tau taip panjang panjang . Tak tau bila pulak aku nak apdet . Malas lah nak buat janji Melayu ni .
Terima kasih kerana masih sudi baca blog aku yang entah apa apa ni .
P/s : lupa pulak nak mention atas tu , aku dapat UiTM Seri Iskandar . jadi kome kome nanti kalau jumpa aku dekat perak tegur tegur lah ye . Benci tau bila fefeeling retis ni menyelubungi diri .
Adlina Noor : This is my story